Ada Ketika Saya Menangis Juga – Tasha Shilla

Hiburan

Ada Ketika Saya Menangis Juga – Tasha Shilla

Entah mengapa, nama Tasha Shilla sering dikaitkan dengan gosip dan kontroversi yang tak sudah-sudah. Paling terbaru ialah gosip tentang kehidupannya ditaja oleh seorang Datuk yang hanya dikenali dengan nama Datuk J. Malah kereta Audi A5 milik Tasha juga dikatakan ditaja oleh Datuk J ini.

tasha shilla

Advertisement

Yang pastinya Tasha Shilla langsung tidak mengenali identiti Datuk J ini. Bersua muka pun tidak. Abang Nara tersentuh hati apabila Tasha Shilla memberitahu Berita Harian yang dia pernah menangis akibat gosip yang tidak henti-henti ini. Sedih kan? Kata Tasha:-

Bohonglah kalau saya kata tak sedih apabila tak henti-henti dilanda gosip sebegini. Ada ketika saya menangis juga. Paling kasihan tentunya ayah saya apabila terpaksa berdepan pertanyaan demi pertanyaan daripada kawannya, yang mahukan pengesahan mengenai gosip itu. Saya tak mahu buat dia bersedih. Seboleh-bolehnya, saya tak nak marah atau melenting apabila terus menjadi bahan gosip. Tapi sebagai manusia biasa, tak mustahil satu hari saya meletus juga kerana kesabaran ada batasnya.

tasha shilla

Abang Nara rasa ada pihak yang dengki dengan Tasha Shilla. Lagi-lagi bila Tasha memenangi Anugerah Pelakon Baru Wanita Popular ABPBH dan Anugerah Heroin Terhebat di Anugerah Blockbuster baru-baru ini. Itu yang gosip-gosip sebegini disebarkan untuk menjatuhkan Tasha Shilla. Diharap Tasha dapat bersabar dengan dugaan sebegini dan terus menunjukkan mutu lakonan yang hebat untuk menutup mulut orang ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

110 Comments

  1. audidriver

    October 27, 2012 at 3:52 pm

    first of all…dia ni ada stable income of at least rm15-20k a month ke?kalau pun dia kata duit beli kereta tu dr income berlakon & modeling…baiklah dia simpan duit dia tu untuk insurance or epf (own contribution)..jadi pelakon ni u kena self-insured nanti bila dah tua dah sakit kena pulak jumpa press mintak derma..bukan nak mengata artis yg dlm keadaan mcm tu tapi sebagai org yg dah nampak ni semua..dari membazir duit kerja keras beli kereta mewah yg maintenance pun mewah…baik la dia menyimpan…dulu rasanyer bf dia pakai satria neo jer…itu pun kalau bf la…saw her last yr ard kl.

  2. bapok riang

    October 27, 2012 at 3:32 pm

    90% artis malaysia tak layak dijadikan contoh. sekor sekor perangai merosakkan akhlak anak bangsa. puiiii

  3. lea sayssss

    October 27, 2012 at 7:31 am

    senang2 xpayah jadi artis. jadi org biasa jer..takde org kisah..muahaha

  4. Fuck tasha shila

    October 27, 2012 at 1:38 am

    To idk-aku ex bf eisya syakira si make up over tu,mmg kena bela.si raihana rahim tu pun pernah cam sial ngn aku ,henjut duit gua pastu buat senyap,eisya plak kaki duit .nak hotel 5 star je tido.pedahal budak kampung frm johor,duduk usj dulu gua yang sponsor kehidupan dier ,dahlah kena kick frm uitm

  5. topoi

    October 26, 2012 at 5:52 pm

    menipu lah ts ni berlakon suam2 kuku dah pakai kereta mewah. Yang pelik nye artis jantan yg popular pun payah nak pakai kereta besar. Artis perempuan mengalahkan superstar. Org gaji 20k pun nak pakai audi pikir 2 kali ni ts yg berlakon tak fofular mana. Kalau fasha aku percaya duit dia sendiri sebab dia laku macam goreng pisang panassszsz!

Loading...