Entah mengapa, nama Tasha Shilla sering dikaitkan dengan gosip dan kontroversi yang tak sudah-sudah. Paling terbaru ialah gosip tentang kehidupannya ditaja oleh seorang Datuk yang hanya dikenali dengan nama Datuk J. Malah kereta Audi A5 milik Tasha juga dikatakan ditaja oleh Datuk J ini.
Yang pastinya Tasha Shilla langsung tidak mengenali identiti Datuk J ini. Bersua muka pun tidak. Abang Nara tersentuh hati apabila Tasha Shilla memberitahu Berita Harian yang dia pernah menangis akibat gosip yang tidak henti-henti ini. Sedih kan? Kata Tasha:-
Bohonglah kalau saya kata tak sedih apabila tak henti-henti dilanda gosip sebegini. Ada ketika saya menangis juga. Paling kasihan tentunya ayah saya apabila terpaksa berdepan pertanyaan demi pertanyaan daripada kawannya, yang mahukan pengesahan mengenai gosip itu. Saya tak mahu buat dia bersedih. Seboleh-bolehnya, saya tak nak marah atau melenting apabila terus menjadi bahan gosip. Tapi sebagai manusia biasa, tak mustahil satu hari saya meletus juga kerana kesabaran ada batasnya.
Abang Nara rasa ada pihak yang dengki dengan Tasha Shilla. Lagi-lagi bila Tasha memenangi Anugerah Pelakon Baru Wanita Popular ABPBH dan Anugerah Heroin Terhebat di Anugerah Blockbuster baru-baru ini. Itu yang gosip-gosip sebegini disebarkan untuk menjatuhkan Tasha Shilla. Diharap Tasha dapat bersabar dengan dugaan sebegini dan terus menunjukkan mutu lakonan yang hebat untuk menutup mulut orang ramai.