“Ada Kesan Kegiatan Pembalakan, Syarikat Balak Wajib Beri Sumbangan Besar Pada Mangsa Banjir”

Berita

“Ada Kesan Kegiatan Pembalakan, Syarikat Balak Wajib Beri Sumbangan Besar Pada Mangsa Banjir”

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata syarikat pembalakan turut perlu bertanggungjawab atas bencana banjir teruk yang berlaku di Malaysia dan wajib beri sumbangan yang besar kepada mangsa banjir.

Menurut Anwar dalam laporan Malaysia Kini, di beberapa kawasan yang dilanda banjir besar itu, kelihatan ada kegiatan pembalakan yang turut memburukkan lagi keadaan banjir.

Advertisement

Selain kerajaan negeri, syarikat pembalakan yang raih keuntungan besar wajib beri sumbangan, bantuan lebih besar kerana mereka juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Anuar IbrahimSumber : Google 

Dalam pada masa yang sama, Presiden PKR itu turut berkata dia sudah pergi ke banyak tempat yang ditimpa banjir dan melihat pelbagai kaum dan agama membantu satu sama lain.

Dia turut mengambil maklum masalah kesesakan yang berlaku di kawasan yang terlibat turut menghalang usaha lori untuk mengangkut sampah sarap dan bahan buangan.

Tambahnya lagi, beliau menasihati agar pihak Menteri tidak perlu terlalu mengikut protokol ketika pergi ke kawasan yang ditimpa banjir kerana dipercayai merujuk kepada aduan, konvoi VIP menjadi penyebab gangguan di kawasan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Menteri Alam Sekitar
2 years ago

DS Tuan Ibrahim Positif COVID-19, Turut Jangkiti 4 Anak Dan Seorang Cucu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...