“Ada Kereta Mahal Tapi Sengkek” – Isi Minyak Tengah Jalan, Geng ‘Mustang’ Buat Netizen Panas Hati

Hiburan

“Ada Kereta Mahal Tapi Sengkek” – Isi Minyak Tengah Jalan, Geng ‘Mustang’ Buat Netizen Panas Hati

Tular di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan beberapa buah kereta mewah dilihat berada di tengah jalan yang sesak sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penonton yang melihatnya.

Dalam video tersebut, sebuah kereta mewah berjenama Mustang difahamkan telah kehabisan minyak dan pemilik kenderaan tersebut dilihat sedang mengisi petrol dalam keretanya di tengah jalan raya.

Advertisement

Malah, terdapat beberapa buah kenderaan jenama sama yang turut ‘menemani’ pemilik kenderaan kehabisan minyak itu.

Minyak habis la bro, duit pokai la bulan ni bro, bayar road tax pun dah RM20,000 bro.

Pemuda tersebut bersama rakan-rakannya sempat berbual kecil sekaligus membuatkan netizen geram dan beranggapan tindakan mereka itu telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

 

Komen twitterSumber : Twitter 

“Macam bodoh padahal boleh je tolak tepi dulu, tapi content punya pasal hilang otak.” tulis seorang netizen.

Video tersebut dipercayai telah dimuat naik pengguna TikTok yang dikenali sebagai @asaari.usamah dan telah menerima ribuan tontonan dan juga komen daripada pengguna media sosial.

Facebook
2 years ago

(VIDEO) "Pagar Kena Sentiasa Kunci.." - Nasib Baik Cepat Bertindak, Cubaan Culik Kanak-Kanak Gagal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...