Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ada Kelulusan Daripada Los Angeles, Mas Khan Luah Adik Sedih Solekan Opah Aminah Terima Kecaman

mas khan luah nissa khan sedih

Seperti yang diketahui semua, drama ‘Bukan Gadis Biasa’ bergelut dengan kritikan penonton sejak daripada awal tayangan lagi. Terutama sekali watak Opah Aminah yang sering menerima hencapan ramai dek kerana lakonan serta solekan khasnya yang dikatakan tidak realistik.

Kepada yang tidak mengetahui, jurusolek yang menggalas tugas untuk menyediakan solekan khas itu sebenarnya ialah adik kepada pelakon Mas Khan yang turut berlakon dalam drama tersebut dan memainkan watak Amirul.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

Caught on camera la pulak hahaha Sis @sheilarusly_jspictures the sweetest ?? #bukangadisbiasa

A post shared by Makeup By Nissa Khan (@nissakhanmakeup) on

Lelaki itu meluahkan bahawa adiknya, Nissa Khan sudah bekerja keras bagi menghidupkan watak Opah Aminah menerusi kerja tangannya sendiri.

“Sebagai abang, adik saya dah buat yang terbaik untuk drama itu.”

Dedahnya lagi, Nissa mempunyai portfolio yang sangat hebat kerana pernah bekerja bersama Syamsul Yusof menerusi filem popular ‘Munafik’. Bahkan wanita berbakat itu juga pernah menggalas tanggungjawab jurusolek dalam telefilem ‘Penaklukan Syaitan’ garapan Michael Ang.

“Alhamdulillah, semua pengarah dan penerbit yang pernah bekerjasama sukakan hasil karya adik saya.”

mas khan luah nissa khan sedih

Mas Khan menjelaskan ini adalah kali pertama adiknya bekerja untuk produksi drama dan ianya sangat berlainan dengan pelaksanaan filem.

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa dia sendiri menyaksikan Nissa bertungkus-lumus mencantikkan solekan Opah Aminah selama tiga jam pada saban hari.

Ternyata berbakat, Nissa Khan mempunyai tiga sijil jurusolek kesan khas bahkan pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan di Cinema Makeup School, Los Angeles.

mas khan

Oleh kerana ini adalah pertama kali wanita itu menerima kecaman hebat daripada penonton, dia ada meluahkan perasaan sedih kepada Mas Khan. Pun begitu, Nissa tidak melatah dan terbuka dengan kritikan yang dilemparkan.

“Malah, dia menerima setiap teguran itu. Saya selalu berpesan pada dia, do your best dan biarlah apa orang nak kata, asalkan orang yang bekerja dengan kita puas hati dan sukakan hasil kerja kita.”

Advertisement

Harap Nissa Khan bakal menggunakan bakat yang ada untuk memeriahkan lagi industri seni Malaysia.

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Webebeh

    May 21, 2020 at 10:51 pm

    So nk kena puji ke klu mmg dh sah nmpk xreal?

  2. Awin

    May 21, 2020 at 9:48 pm

    Mmg solekan nmpk plastik tmpl sgt but ok la.. bukan kerja mudh…. do da best nexr nissa!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top