“Ada Ke Tak Ada Tu?” – Hanya ‘Balut’ Buah Dada, Sakinah Kena ‘Body Shame’ Dengan Netizen

Hiburan

“Ada Ke Tak Ada Tu?” – Hanya ‘Balut’ Buah Dada, Sakinah Kena ‘Body Shame’ Dengan Netizen

Selebriti sensasi, Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat bergambar dengan sebuah lukisan kek cawan sambil memakai pakaian yang hanya menutup buah dadanya.

Advertisement

Gara-gara penampilannya terlalu seksi, adik kepada pelakon Sharifah Shahirah itu menjadi bualan netizen dan mengundang kritikan dan kecaman orang ramai.

Difahamkan, pemakaian Sakinah yang terlalu mencolok mata itu telah mendatangkan rasa kurang senang orang ramai memandangkan dia seorang yang beragama islam.

Malah, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan melakukan body shaming terhadap dirinya dengan mengatakan buah dadanya kecil dan tidak mempunyai aset.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap Sakinah yang disifatkan semakin berani menggayakan penampilan yang seksi dan seakan tidak insaf dari kontroversi sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, disebalik kecaman dan kritikan orang ramai, ada juga yang mendoakan pelakon berusia 33 tahun itu agar menutup auratnya dengan sempurna dan kembali ke jalan yang benar.

Semoga cepat sedarkan aurat yang didedahkan, HIDAYAH MILIK ALLAH… – Warganet.

Semoga Allah membimbing kita kembali kepada Nya Aamiin,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Ingatkan Bibik Dia.." - Kongsi Gambar Bersama Ibu, Anna Jobling Kecewa Netizen Komen 'Buruk'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...