Sedia maklum, sejak memulakan hubungan percintaan dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol pada awal tahun 2024, pempengaruh, Ameera Khan dilihat sering memuat naik hantaran di platform media sosial memaparkan kemesraan mereka berdua.
View this post on Instagram
Bahkan, kemesraan yang dipaparkan juga turut membuatkan sesetengah pihak berasa kurang memandangkan mereka belum mendirikan rumah tangga bersama.
“Dia cantik tapi ‘kosong’..”
Terbaru di platform Threads, terdapat seorang individu yang mempersoalkan tindakan warganet yang masih mengikuti perkembangan hidup Ameera yang dikatakan tidak memberi sebarang manfaat.
Ada ke dia post benda yang useful. Apa yang dia buat cuma chase guys. Dia cantik tapi ‘kosong’.
‘Unfollow’ lepas imej terlalu seksi & tak jaga batas
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen setuju dengan pendapat individu berkenaan.
Malah, ada yang mendedahkan diri mereka sudah pun ‘unfollow’ pempengaruh tersebut selepas dia sering memaparkan kemesraan bersama teman lelaki serta semakin seksi selepas memilih untuk membuka tudung.