“Ada Kata Padan Muka, Kamu Tak Tahu Bagaimana Aku Diuji..” – Kieda Crepe Sedih Netizen Tuduh Jadi Punca ‘Triplet’ Gugur

Kehidupan

“Ada Kata Padan Muka, Kamu Tak Tahu Bagaimana Aku Diuji..” – Kieda Crepe Sedih Netizen Tuduh Jadi Punca ‘Triplet’ Gugur

Sedia maklum, usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe, 27, memaklumkan bahawa dirinya mengalami keguguran kembar tiga sewaktu kandungan mencecah usia 10 minggu.

Patutlah alahan dan semakin berkurangan, rupanya jantung bayi berhenti, anak-anak sudah tinggalkan ibu.

Didakwa terlalu aktif kongsi berita kehamilan

Bagaimanapun, khabar berita sedih itu bertambah perit apabila terdapat segelintir netizen mendakwa keguguran itu berlaku disebabkan Kieda yang terlalu aktif berkongsi tentang kehamilannya di media sosial.

Susulan didakwa sedemikian, Kieda menegaskan bahawa dia berbuat seperti itu kerana teruja bakal menimang cahaya mata kembar tiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Apabila ditanya tentang punca keguguran, usahawan itu berkata berkemungkinan kerana kehamilannya di luar rahim.

Dituduh punca ‘triplet’ meninggal

Jadi keguguran ini bukanlah sebab saya kerja keras atau pergi mandi-manda. Doktor sendiri kata bukan, ini semua kuasa Dia.

Dalam pada itu, Kieda turut berkecil hati terhadap segelintir komen netizen yang sama sekali tidak sensitif dengan berita itu.

Ada orang komen macam saya yang bunuh anak. Kalau nak tahu,  berbanding anak kedua dan ketiga dulu, kandungan kali ini saya sanggup berhabis duit untuk beli pelbagai suplemen mahal-mahal.

Advertisement

kieda crepe keguguran
5 months ago

Baru Kongsi Berita Hamil Kembar Tiga, Kieda Crepe Alami Keguguran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...