Pelakon jelita, Natasha Hudson dilihat telah tampil bersuara mengenai isu berjinak dengan haiwan liar iaitu anjing yang sebeulum ini telah diutarakan hos terkenal, Datuk AC Mizal di media sosialnya.
Natasha walau bagaimanapun sempat memohon maaf kerana lantang bersuara mengenai isu itu yang baginya, tidak ada sesiapa patut mendiskriminasi usaha orang lain yang ingin menyelamatkan haiwan liar.
Memetik Murai.my, Natasha berkata meskipun isu berjinak dengan anjing itu adalah isu sensitif terutamanya bagi penganut agama Islam, namun dia menganggap bahawa haiwan itu adalah satu bentuk ujian bagi menguji keikhlasan hati kita sebagai manusia.
Kadang kala manusia ni lebih binatang dari binatang. Saya tidak kagum dengan sesiapa yang mendiskriminasi usaha orang lain untuk menyelamatkan haiwan.
Dalam pada itu, Natasha turut menegur Datuk AC Mizal untuk tidak mengkritik dan memberi sentimen negatif terhadap mereka yang mencintai haiwan.
Terdahulu, hos program Maharaja Lawak itu ada memuat naik hantaran berbaur kritikan di mana dia mempersoalkan tindakan individu yang berjinak dan memberi makan kepada anjing hanyalah semata-mata inginkan perhatian.
Hantaran status itu turut menjadi bahan bualan netizen terutamanya aktivis dan juga doktor haiwan di media sosial.