“Ada Kacukan..” – Bakal Berkahwin Hujung Bulan Oktober, Ini Latar Belakang Bakal Isteri Tengku Muhammad

Kehidupan

“Ada Kacukan..” – Bakal Berkahwin Hujung Bulan Oktober, Ini Latar Belakang Bakal Isteri Tengku Muhammad

Melalui platform TikTok, tular video memaparkan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah berkongsi bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Latar belakang bakal isteri Tengku Muhammad

Berita tersebut sememangnya mendatangkan rasa teruja di kalangan orang ramai apabila Tengku Muhammad bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya iaitu Tengku Natasya Adnan.

Advertisement

Sekadar info, Tengku Natasya Puteri ialah anak perempuan Yang Mulia (YM) Datuk Seri Utama Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan iaitu bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

Difahamkan, Tengku Natasya lahir pada tahun 1995 dan kini beliau berusia 29 tahun, manakala bakal suami pula, Tengku Muhammad berusia 27 tahun dan biarpun berbeza usia, ia tidak menjadi penghalang buat kedua-dua bakal pengantin itu.

Kacukan Malaysia-Indonesia

Dalam pada itu, kecantikan Tengku Natasya juga menarik perhatian ramai, rupanya dia mempunyai darah kacukan Malaysia-Indonesia.

Ibunya iaitu Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini merupakan aktres Indonesia yang terkenal dan merupakan bintang besar perfileman pada tahun 80-an. Ibu dan bapanya berkahwin di Yogyakarta menggunakan adat suku Jawa.

adik beradik tengku natasya

Tengku Natasya juga mempunyai lima orang adik-beradik iaitu Tengku Iqbal Munawwir, Tengku Muhammed Hafiz, Tengku Nadira Munawarah, Tengku Najwa Munawarah dan Tengku Nabila Putri.

Sekadar info, KDPB Tengku Ampuan Pahang memaklumkan perkahwinan Tengku Muhammad dan Tengku Natasya akan berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober 2024.

Isitiadat perkahwinan fd idzham tengku afzan bermula hari ini
1 month ago

Tengku Puteri Afzan Dan FD Idzham Diraikan Dalam Istiadat Perkahwinan Diraja Selama 3 Hari, Bermula 22 Ogos Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...