Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa pelik apabila tindakannya menuntut semula hutang mas kahwin dan nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim, mengundang rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat sebagai pengajaran kepada orang ramai, selain menegaskan hak yang sepatutnya ditunaikan.

Menurut Abby, tuntutan tidak terhenti setakat mas kahwin sahaja, malah turut melibatkan nafkah anak-anaknya.
Jap, saya tuntut nafkah tapi mas kahwin yang diselesaikan dulu. Alhamdulillah, Saya kongsi supaya jadi pengajaran.
Bila tertangguh jadi hutang akan lagi bahaya kalau bawa ke (akhirat). Tapi kenapa ada yang marah? Ada kacau duit pencen sesiapa ke?
Sebelum ini, Abby mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan bahawa Norman telah melunaskan hutang mas kahwin daripada perkahwinan mereka yang terdahulu.
Untuk rekod, Abby Abadi dan Norman Hakim pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga orang anak sebelum bercerai pada 2008. Norman kemudiannya berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011, manakala Abby bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
