“Ada Jodoh Yang Lebih Sesuai, Anas Zahrin Terlalu Baik Untuk Saya” – Cik Epal

Kehidupan

“Ada Jodoh Yang Lebih Sesuai, Anas Zahrin Terlalu Baik Untuk Saya” – Cik Epal

Personaliti media sosial, Cik Epal menyatakan bahawa dia amat menghormati usahawan Anas Zahrin sebagai seorang abang dan juga sahabat rapat.

Dalam sesi ‘ask me a questions’ di Instagram, Cik Epal menjawab pertanyaan seorang netizen sama ada Anas mempunyai ciri-ciri lelaki yang diimpikannya.

Advertisement

Menurutnya, Anas adalah seorang lelaki yang sangat baik dan dia sentiasa mendoakan agar sahabatnya itu dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.

cik epal anggap anas zahrin sebagai kawan

Anas ni terlalu baik lah untuk aku. Hahaha. Aku hormat Anas sebagai kawan baik, abang dari dulu. Adalah tu jodoh lain yang lagi sesuai untuk Anas. Aku selalu doakan yang baik-baik untuk hidup dia.

Dalam masa yang sama, Cik Epal turut memberi respon terhadap soalan netizen mengenai kisah hidupnya yang menjadi inspirasi serta kekuatan buat golongan wanita.

Katanya, wanita tidak sepatutnya berasa takut untuk berkahwin, sebaliknya perlu berusaha memberikan yang terbaik dalam perkahwinan.

Jangan takut. Ujian hidup kita lain-lain. Kalau ada rezeki kahwin, kahwin je. Buat sahaja yang terbaik dalam perkahwinan. Kalau jadi apa pun kita tak akan menyesal.

Ingat Allah selalu ada dengan kita. Kalau kita rasa kita berseorangan, kita tak sorang-sorang pun. Allah ada. Allah uji kita pun sebab Allah sayang kita,” tambahnya.

Terdahulu, Anas pernah menepis dakwaan netizen yang menganggap hubungannya dengan Cik Epal hanyalah gimik untuk pelancaran produk.

Tegas Anas, dia tidak perlu bergantung kepada sebarang gimik kerana mampu menjual produknya sendiri melalui platform TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ig kena kerumun
17 mins ago

"Dari Dulu 'Red Flag', Syaitan Pun Pening" - Netizen 'Gempur' IG Selebriti Dakwa Lakukan Amang Seksual Gadis 17 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...