Boleh dikatakan masjid di Damansara iaitu Masjid Damansara Perdana telah menarik perhatian ramai susulan reka bentuknya yang sangat aesthetic dan unik.
Netizen tak puas hati warga Bangladesh pergi masjid Damansara Perdana
Susulan mempunyai reka bentuk yang cantik, masjid berkenaan menjadi pilihan ramai tetapi nampaknya ada yang meluaskan rasa tidak puas hati.
Masjid untuk semua umat Islam
Melalui platform X, seorang pengguna memuat naik satu hantaran tangkap layar memaparkan beberapa jemaah tidak senang kerana ramai warga Bangladesh memilih masjid berkenaan untuk menunaikan ibadah.
Ini bukan masalah perkauman. Jadi tak selesa sebab mereka terlalu ramai dan bila lalu depan mereka, cara mereka pandang kita macam nak telan kita.
Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang merasakan tidak sepatutnya individu berkenaan berkata seperti itu kerana masjid tempat untuk umat Islam.
A mosque in Petaling Jaya (Masjid Damansara Perdana) was talked about on IG for its aesthetic & beauty.
But Malaysian Muslims complained the mosque is visited by too many Bangladeshi men, and that other mosques do a better job at shooing them away. pic.twitter.com/RCbmnPsZmG
— surreal putrajayan (@fazleyff) March 10, 2025