“Ada Je Terdetik Nak Buka Tudung” – Amyra Rosli

Hiburan

“Ada Je Terdetik Nak Buka Tudung” – Amyra Rosli

Berhijrah untuk berhijab bukan satu proses yang mudah, akui pelakon Amyra Rosli. Menurutnya, kekal istiqamah merupakan cabaran terbesar selepas mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya.

“Daripada seorang yang ‘freehair’ kepada bertudung memang agak sukar pada mulanya untuk istiqamah. Enam bulan pertama saya pakai tudung itu macam-macam saya fikir… Pernah juga dalam tempoh itu rasa nak buka tudung,” katanya.

Advertisement

amyr rosli dan keluarga

Amyra bersyukur kerana suami dan keluarga banyak memberi sokongan moral agar dia tidak berbolak-balik. Tambahnya lagi, kesedaran terhadap dosa dan pahala menjadi faktor utama dia memilih untuk kekal berhijab. Jelasnya,

Apa jua kewajipan yang sudah ditetapkan oleh Allah, kita kena paksa diri kita. Jangan sesekali salahkan orang lain atau cakap tunggu masa yang sesuai, kita sendiri tidak tahu mati bila.

Selain itu, mengikuti kelas agama dan usrah juga membantunya untuk kekal teguh dengan keputusan tersebut. Amyra turut menyeru wanita, terutama selebriti, agar tidak takut kehilangan rezeki kerana yakin hijrah membawa keberkatan yang lebih besar.

amyra rosli gugur
2024-12-02 15:01:17

Amyra Rosli Keguguran - "Awak Singgah Sekejap Je Dalam Perut Mummy"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...