Sempena sambutan Maal Hijrah pada hari Selasa yang lalu, pelakon dan juga penyampai radio tampil berhijab.
Perkara tersebut dikongsi Siti Elizad menerusi ruangan Instagram Story miliknya yang memaparkan imej terbaru dari hari pertama sehingga ke hari ini.
Segak mengenakan tudung, pelakon drama Teman Lelaki Upahan ini walau bagaimanapun menutup ruangan komen Instagram kerana merasakan terlalu ramai yang mengkritik penampilan terbarunya kini.
Yang beberapa netizen ni, ada je tak kena. Ya tahu. Belum sempurna. Jadi terima kasih di atas komen-komen, yang serba serbi tak kena. Sajalah nak pesan. Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain. Terima kasih juga buat semua yang komen dengan ucapan, doa dan kata-kata yang baik.
Ujar Elizad, ada sesetengan netizen yang mengecamnya kerana memakai tudung menampakkan bahagian leher.
Dia yang kini menjadi juruhebah radio Sinar FM turut meninggalkan kata-kata berbentuk motivasi untuk dirinya tampil berhijab dengan sempurna pada suatu hari nanti.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.