Boleh dikatakan nama pelakon, Muntazar Ghufran menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini selepas bekas tunangnya, Saidah mendedahkan bahawa punca tidak jadi berkahwin kerana aktor itu cuma mempunyai RM500 di dalam akaun bank.
Akui sudah lama move on
Namun, Muntazar menegaskan tiada istilah belum ‘move on’ daripada kisah lama, cuma kini dirinya tidak mahu terburu-buru dan nak fokus pada kehidupan sendiri dahulu.
Saya memang dah lama move on. Ada saja perempuan-perempuan yang mendekati. Saya pun terbuka saja sekiranya mereka ajak berkenalan kerana bagi saya tak salah pun untuk berkawan.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia kini sedang sibuk dengan perniagaan jenama pakaiannya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Tak guna isu RM500 untuk raih perhatian
Dalam pada masa yang sama, aktor itu menegaskan dia sama sekali tidak mengambil kesempatan ke atas kontroversi yang berlaku dengan bekas tunang.
Tapi saya bukan gunakan isu ini untuk dikenali. Saya nak menjaga nama baik. Lagipun saya sudah terkenal dengan pelbagai drama.