Sejak akhir-akhir ini, kisah masalah rumah tangga seperti sudah menjadi ‘trend’ dalam kalangan selebriti yang semakin menjadi bualan hangat netizen.
Malah, sepertinya mereka berpusu-pusu untuk mendedahkan aib pasangan masing-masing demi menegakkan keadilan buat diri sendiri.
Namun, berbeza pula dengan bekas isteri kepada penyanyi, Noh Salleh iaitu Mizz Nina yang kekal tenang walaupun diuji dengan masalah rumah tangga yang sama.
Baru-baru ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman telah memuat naik video promosi memaparkan dirinya yang tampil ayu berseri tanpa ‘makeup’.
Meninjau di ruangan komen, lain pula reaksi netizen yang meluahkan rasa hormat terhadap penyanyi berusia 42 tahun itu kerana bebas dari segala kontroversi.
Bukan itu sahaja, mereka turut memuji bekas pasangan suami isteri berkenaan kerana sangat menjaga baik aib kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, berita mengenai perpisahan Mizz Nina dan Noh Salleh telah mengejutkan ramai pihak terutama kalangan peminat yang cukup menggemari melihat kebahagiaan rumah tangga mereka.
Info tambahan, pasangan selebriti itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada Ogos 2022.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.