“Ada Isteri Yang Biadab”- Lelaki Ini Bidas Kenyataan Suami Makin Kaya Makin Gatal, Isteri Pun Main Peranan

Kehidupan

“Ada Isteri Yang Biadab”- Lelaki Ini Bidas Kenyataan Suami Makin Kaya Makin Gatal, Isteri Pun Main Peranan

Seringkali kita mendengar kisah-kisah rumah tangga yang gagal disebabkan si suami mempunyai orang ke-3 dan mula berubah hati kerana sudah mempunyai harta yang banyak dan mula melupakan isteri di rumah.

Punca-punca keretakan rumah tangga itu walaubagaimanapun disanggah seorang aktivis sosial ini, Mohd Fadli Salleh yang membuat kenyataan bahawa kemewahan yang dimiliki seseorang lelaki bukanlah punca utama sesebuah hubungan atau rumah tangga itu menjadi musnah.

Advertisement

Katanya di Facebook, kisah kecurangan atau suami berkahwin lain bukan disebabkan kekayaan atau kesenangan tetapi berkisar mengenai sikap dan kesetiaan seseorang.

Ada saja saya jumpa mekanik kahwin sampai tiga orang. Sedangkan nak beli kereta terpakai pun tak mampu. Ada juga pak guard kahwin dua, yang kerja biasa cerai isteri semata-mata nak kahwin wanita lain.

Jelasnya lagi, ada juga keretakan rumah tangga berpunca daripada sikap si isteri yang tidak menghormati pasangan masing-masing.

Tengking, layan acuh tak acuh, biadab, tak hormat serta tinggikan suara dekat suami dan sebagainya.

Nak kentut pun sengaja hadap bontot pada suami dan lepaskan dengan kuat. Kemudian siap gelak macam langsuir. Kononnya ‘sporting’. Kononnya dah masak dengan perangai suami.

Selain itu, dia juga menyentuh mengenai penampilan si isteri ketika berada di rumah yang selalunya berbeza apabila berada di luar rumah, bekerja dan sebagainya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fadli dan menganggap setiap pasangan perlu muhasabah diri selain selalu memperbaiki diri dan menjadi yang terbaik untuk pasangan.

FacebookSumber : Facebook  

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.

tiktok nurse baby jaundice
2 years ago

"Sibuk Bertiktok" - 'Baby' Di NICU Dibiarkan Menangis, Netizen 'Naik Hantu' Lihat Sikap Nurse Bertugas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...