Baru-baru ini, melalui platform TikTok, tular video anak perempuan Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu pempengaruh, Marissa Dania mendukung seorang bayi perempuan.
Dalam video tersebut, kelihatan Marissa tidak kekok mendukung bayi terbabit, malah ramai yang memuji kecantikannya, biarpun berpakaian simple.
Namun begitu, hal yang turut menjadi perhatian ramai apabila mereka mendakwa gadis tersebut kini sudah berbadan dua kerana kelihatan baby bump.
Malah, ramai yang berkata kini Marissa kelihatan lebih berseri-seri barangkali kerana sedang hamil anak pertama bersama suami tercinta, Aslam.
Sekadar info, Marissa Dania dan Aslam telah pun berkahwin di Songkhla, Thailand pada Mac lalu tanpa pengetahuan mana-mana pihak, termasuk isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan.