Pelakon yang terpalit dengan kontroversi panas tahun ini, Ruhainies mendedahkan tentang kewujudan beberapa akaun di laman media sosial yang sengaja menyebarkan berita tidak benar untuk menjatuhkan reputasinya.
Aktres berusia 32 tahun terbabit juga berkata individu di sebalik semua itu adalah orang yang sama malah pernah bertindak sehingga menghubungi pihak jenama produk yang bekerjasam dengan Ruhainies.
Dedahnya, dia menyedari perbuatan individu terbabit sejak bulan Mac lagi di Instagram, Facebook dan beberapa platform lain.
Dia memang mengganggu saya punya kerja la. Ada banyak jenama jenama yang datang pada saya, maklumkan yang orang yang sama. Jadi saya tak pasti siapa. Memang dia suka buat surat layang.
Ruhainies bagaimanapun akui tidak gentar malah juga memilih untuk mengabaikan sahaja perbuatan individu tersebut kerana percaya dengan rezeki daripada Allah SWT.
Memang sengaja nak menjatuhkan saya. Tapi bagi saya, saya percaya pada rezeki. Walaupun ada orang cuba jatuhkan dan ada berniat jahat, at the end of the day, rezeki datang daripada Allah.