October 2nd, 2020

Rasanya semua sudah maklum yang penyanyi Ismail Izzani kini sedang hangat bercinta dengan seorang gadis yang juga penghibur, Shalma Eliana.

Shalma yang merupakan penyanyi lagu Janji Terindah mengakui hubungan yang terjalin bersama penyanyi itu merupakan sebuah perhubungan yang matang meskipun kedua-duanya masih muda.

Baru saja mencecah awal 20-an, Shalma tampil menjelaskan bahawa apa yang mereka berdua cuba tunjukkan ketika ini adalah untuk membuktikan kepada peminat di luar sana di mana umur bukan halangan untuk mereka serius dalam percintaan dan juga kerjaya.

View this post on Instagram

– GANGGU ? COMING SOON. @bambam_studios @astromalaysia

A post shared by YANA (@shalmaeliana) on

“Kita orang memang nak tunjuk dekat orang di luar sana yang kami punya hubungan yang matang walaupun masih muda. Bukan semua orang yang berusia 20 tahun boleh ada relationship yang matang. Orang yang baya umur-umur kitaorang pun akan boleh rasa yang tiada masalah pun kalau nak bercinta asalkan profesional dan matang,”

Dalam pada itu, Shalma turut memberitahu bahawa dirinya tidak kisah jika penglibatan dalam dunia hiburan kini sering dibayangi kekasihnya, Ismail Izzani. Walau bagaimanapun dia berharap tanggapan seperti itu akan hilang apabila dia berjaya membuktikan bakatnya sendiri kelak.

View this post on Instagram

“Cheer up Zam, Salina kan ada??” stay tuned??? @dramasangat @ismailizzani_

A post shared by YANA (@shalmaeliana) on

Perkembangan terkini, Shalma yang ditemui di set penggambaran Lelaki Lingkungan Cinta di IUKL, Bangi itu bakal tampil dengan lagu baru berjudul Aroma yang akan dilancarkan sekitar Oktober ini.

Sumber : mStar


One response to “Ada Hubungan Dengan Ismail Izzani, Penyanyi Shalma Eliana Akui Dah Matang Dalam Bercinta”

  1. Anonymous says:

    Hahahha . Ini kelaka , kalau matang kau x perlu mention pon xpe , wat lek lek je ?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...