“Ada Hikmah Masuk Lokap Sehari”, Dua Lelaki Dulu Bertumbuk Tapi Kini Sudah Berkawan Baik

Trending

“Ada Hikmah Masuk Lokap Sehari”, Dua Lelaki Dulu Bertumbuk Tapi Kini Sudah Berkawan Baik

Mesti anda masih ingat lagi kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Tol, Bukit Kiara baru-baru ini kan? Akibat daripada pergaduhan itu, kedua-dua lelaki tersebut dihukum penjara sehari dan denda RM1,000.

Tapi siapa sangka kalau dahulunya mereka bertumbuk bagai nak rak sekarang ini mereka dah menjadi kawan baik. Mohamad Fazrien Mohd Ziear dan Ng Whye Hong mula merasa menyesal selepas ditempatkan di dalam lokap selama sehari.

Advertisement

Mohamad Fazrien turut berkongsikan mereka ditempatkan di dalam lokap bersama-sama dengan lebih 50 banduan yang lain. 

“Bayangkan cara percakapan, tingkah laku dan kebersihan diri banduan lain menakutkan saya dengan Ng. Itu saat bermulanya kami berborak dan masing-masing menyesal dengan sikap, emosi serta ego semasa kejadian”

dua lelaki botak pakai baju kelabu
Walaupun hanya berada sekejap dalam tahanan, mereka cukup insaf dengan rasa hilangnya segala nikmat dalam hidup. Malah kehidupan mereka pun berubah sama sekali.

“Ng turut beritahu saya, jika situasi sama berlaku padanya dia tidak akan turun melawan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan”

Mohamad Fazrien berkata pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak menjadikan sikap ego menguasai diri kerana ia memakan diri sendiri sehingga menjadi samseng jalanan.

Ada hikmahnya semua ini terjadi. Ini juga boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua pengguna jalan raya yang lain. Undang-undang juga dicipta untuk mendidik dan bukannya menghukum.

Sebelum ini video pergaduhan mereka tular di laman sosial dan menerima kecaman daripada netizen. Rata-rata netizen menasihatkan mereka selesaikan masalah dengan cara berhemah.

Sumber: Metro

Artikel berkaitan:  (Video) Tidak Puas Hati Antara Satu Sama Lain, Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...