Tular di media sosial baru-baru ini mengenai keluhan seorang pengguna kereta import berjenama Honda yang berasa terbeban ketika membawa kenderaan miliknya untuk diservis.
Individu itu mendakwa caj yang dikenakan untuk urusan servis kereta jenis Honda City itu terlalu ‘keras’ dan mahal.
Tulisnya, dia telah dikenakan harga RM420 untuk servis 20,000km Honda City miliknya. Individu itu kemudian bertanyakan netizen tentang cadangan untuk mengurangkan kos harga servis.
Perkongsian itu kemudian menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berpendapat bahawa caj tersebut adalah berpatutan, tidak terlalu mahal.
Nasihat netizen lagi, setiap orang perlu memikirkan poket dan komitmen sendiri sebelum mengambil keputusan untuk memiliki kenderaan import.
Kata netizen, lebih baik beli kereta jenama tempatan yang jauh lebih murah dan berpatutan.
Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.