“Ada Dua Nama Aku Tak Akan Panggil, Insya-Allah” – Netizen Minta Jemput Ahli Kumpulan Asal Sepah Ke Dol’s Podcast, Ini Respon Shuib

Hiburan

“Ada Dua Nama Aku Tak Akan Panggil, Insya-Allah” – Netizen Minta Jemput Ahli Kumpulan Asal Sepah Ke Dol’s Podcast, Ini Respon Shuib

Semua sedia maklum mengenai projek terbaharu pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang kini mempunyai rancangan podcast terbaru yang diberi nama Dol’s Podcast.

Baru-baru ini, Shuib dlihat bertukar buah fikiran dengan netizen mengenai siapakah tetamu yang patut dijemput bagi memeriahkan lagi rancangan podcats terbarunya itu.

Advertisement

Ketika sesi siaran langsung bersama peminat, ada netizen meminta Shuib menjemput ahli kumpulan asal Sepah ke podcast yang turut dikendali oleh Shuk Sahar dan Fizie Roslan.

“Harap panggil ahli kumpulan asal Sepah ke Dol’s Podcast” tulis netizen di ruangan komen.

Shuib kemudian memberi respon bahawa dia tidak dapat menunaikan hasrat itu dan tidak akan terjadi sama sekali.

Tidak lama kemudian, ada netizen berseloroh meminta agar dia menjemput Rahim Sepahtu namun dibalas dengan jawapan ‘tidak’ serta merta oleh Shuib.

Tak, tak memang tak akan panggil. Terus terang dekat ‘live’ ni. Aku berani cakap.

Ada dua nama yang memang aku tak akan panggil, Insya-Allah.

Sebelum ini, tercetus satu kontroversi mengaitkan Shuib dan Mamat Sepah apabila mereka berdua ditegur Jep Sepahtu gara-gara didakwa menipu ketika menceritakan kisah lama mereka ketika masih menjadi sahabat suatu ketika dahulu dalam sesi podcast itu.

Jep difahamkan meluahkan rasa kesal apabila namanya menjadi ‘tunggangan’ Shuib dan Mamat berikutan dirinya telah menjadi konten dalam Dol’s Podcast.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib, mamat, jep gaduh
1 month ago

“Kau Relax, Benda Ni Simple Je” - Sedar Nama Kini ‘Panas’, Ini Respon Shuib & Mamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...