“Ada Di Mana-Mana Untuk Tarik Orang Muslim” – Diana Danielle Persoal Restoran Guna Ayat ‘Muslim-Friendly’

Hiburan

“Ada Di Mana-Mana Untuk Tarik Orang Muslim” – Diana Danielle Persoal Restoran Guna Ayat ‘Muslim-Friendly’

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle mempersoalkan tentang kegunaan ‘muslim-friendly’ yang boleh kita lihat digunakan oleh beberapa kafe serta restoran yang ada di Malaysia.

Istilah ‘muslim-friendly’ digunakan

Kata Diana melalui video yang dimuat naik di laman TikTok, kegunaan ‘muslim-friendly’ hanya digunakan untuk menarik orang beragama Islam untuk datang ke kedai makan mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, Diana mendakwa tiada piawaian yang ditetapkan untuk membuktikan kedai makan tersebut halal ataupun tidak.

Saya nampak istilah ini digunakan di mana-mana untuk menarik orang Muslim datang dan makan di tempat makan serta kafe yang macam saya pergi ni.

Dalam pada itu, aktres tersebut turut persoalkan kegunaan istilah ayat itu masih digunakan secara meluas biarpun sudah ramai yang berasa was-was untuk datang makan.

diana danielle
2023-12-27 12:36:51

"Sis Kena Belajar Banyak Lagi Tentang Islam" - Makan Di Restoran Cina 'Muslim Friendly', Farid & Diana Kena 'Sekolah' Dengan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok