Semalam, kecoh di media sosial selepas satu video memaparkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh boleh membeli barang dapur di pasar raya dengan harga bawah RM200.
Ia telah menimbulkan rasa kurang senang daripada kalangan masyarakat serta mendakwa barang yang dibeli oleh beliau hanya mampu bertahan untuk beberapa hari saja.
Sedar video itu tular, Fuziah Salleh tampil memaklumkan bahawa video itu adalah rakaman lama yang dimuat naik semula oleh pihak tertentu.
Saya maklum dan tak terkejut kerana saya percaya ada dalang di sebaliknya (isu video tular) yang mungkin bermotifkan politik.
Menurutnya, rakaman tersebut diambil sewaktu beliau berkunjung di sebuah pasar raya yang terletak di Langkawi.
Ketika itu ada isu yang (yang mengatakan perbelanjaan) RM200 (untuk barangan keperluan asas) tak dapat apa-apa. Jadi waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ.
Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh bakul dengan wang di bawah RM200. Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu
Kata Fuziah pada pihak Harian Metro, harap penjelasan yang diberikan mampu perbetulkan semula tanggapan masyarakat terhadapnya.