“Ada Cubaan Menculik Perdana Menteri” – Zahid Hamidi

Trending

“Ada Cubaan Menculik Perdana Menteri” – Zahid Hamidi

pm

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam dewan rakyat hari ini mendedahkan bahawa terdapat ada cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan Daesh.

Advertisement

Menurut beliau yang juga Menteri Kementerian Dalam Negeri, kumpulan pengganas berkenaan turut mensasarkan beberapa pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran.

“Kumpulan ini (Daesh) turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

“Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Beliau mendedahkan perkara berkenaan bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) mengenai kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menggagalkan plot rancangan serangan pengganas IS di negara ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...