Baru-baru ini. tular isu tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menembak mati seekor anjing jalanan yang bernama Kopi.
Pengguna media sosial meluahkan rasa berang kerana Kopi ditemui berlumuran darah, dipercayai ditembak dan merintih kesakitan.
Menerusi video yang telah dikongsikan oleh My Forever Dog Go, terdapat seorang individu mendengar bunyi tembakan yang kuat dan bergegas keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.
Ada cara lain yang lebih berperikamanusiaan untuk tangani masalah ini. Membunuh anjing jalanan tidak mampu untuk ubah keadaan tapi membantu mereka yang akan mengubahnya.
Sering kali anjing dan kucing yang tidak bersalah dibunuh atau ditangkap oleh pihak majlis perbandaran akibat aduan orang awam.
Namun, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menafikan anggotanya menembak mati anjing berkenaan sebagaimana dakwaan yang telah tular di mesia sosial.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri pula sedang menyiasat kejadian sebenar dan menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi. Siasatan dibuat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain di bawah.