Usahawan dan pempengaruh terkenal, Siti Jamumall, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahidin, mengakui bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama bekas suaminya, Aiman Tak Kesah.
Dalam siaran langsung di TikTok, Siti berkata walaupun mereka pernah berdepan konflik, dia tetap menghargai segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh Aiman.
Macam mana sekalipun, ada benda baik yang Aiman pernah buat dekat saya dan saya tidak akan pernah lupa.
Siti mengakui bahawa untuk kembali bersama bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi selepas perpisahan yang mereka lalui.
Mungkin sebab perkahwinan itu mudah, bila bercerai dan rujuk juga mudah, jadi melafazkan (talak) pun mudah.
Namun, jika ada peluang untuk rujuk demi kebaikan anak-anak, Siti tidak menutup hati, asalkan Aiman dapatkan restu daripada ayahnya, yang juga merupakan wali utama.
Kalau dia boleh dapatkan restu, insya-Allah dia akan belajar bersabar macam mana ayah saya bersabar membesarkan saya.
Siti juga menegaskan bahawa keutamaannya kini adalah anak-anak, terutamanya anak perempuan dalam kandungannya yang suatu hari nanti pasti akan mencari figura seorang ayah.
Walaupun ramai netizen yang tidak setuju jika mereka kembali bersama, Siti tetap positif dan terbuka dengan segala kemungkinan.
“Kalau tak boleh kembali bersama, teruskan sahaja kehidupan macam biasa,” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.