Pelakon Ruhainies telah membuka mulut tentang kes khalwat yang membabitkan dirinya dan aktor Aliff Aziz pada awal pagi semalam di sebuah kondominium mewah.
Menerusi Instagram story, Ruhainies telah meminta maaf, sama seperti Aliff Aziz dan berkata dia bakal menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Banyak kenyataan kurang tepat tersebar
Ruhainies yang menyedari namanya menjadi bualan hangat di semua platform media sosial ketika ini berkata dia mendapati beberapa kenyataan kurang tepat telah tersebar berhubung kes ini.
Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.
Bebas dengan jaminan
Terdahulu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaporkan Aliff dan Aziz telah ditahan dan urusan tersebut selesai pada jam 2 petang.
Kedua-dua pelakon itu dibebaskan dengan jaminan dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa yang terdekat.