Tampil mengesahkan isterinya, Datin Almy Nadia, mempunyai batu karang dalam hempedu selepas dimasukkan ke Hospital Columbia Asia, Setapak semalam, pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan bahawa Almy kini berada dalam keadaan stabil.
Menurut Fizz, doktok mengesyaki ada batu karang jatuh ke dalam usus Almy. Namun segalanya masih belum dapat disahkan lagi sama ada betul atau tidak.
“Almy ada batu karang dalam hempedu. Dia baru selesai melakukan Ultrabunyi. Keadaan dia tak kritikal tetapi banyak la batu halus. “Doktor cuba untuk mengesahkannya melalui pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Bila dah buat baru kita tau keadaan sebenar.”
Ujar Fizz lagi, selepas keputusan dikeluarkan nanti, pihak hospital memutuskan semula apa rawatan yang akan dilakukan ke atas Almy.
“Lepas tu baru doktor akan buat keputusan sama ada nak buat pembedahan laser atau makan ubat sahaja.”
Bagaimanapun, Fizz juga turut berpesan agar tidak mengambil jamu dalam kehidupan harian.
“Awas!! Jangan makan jamu. Bahaya.”
Terdahulu, Fizz memaklumkan isterinya terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut. Malah, Fizz sebelum ini juga berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram.
Sekadar informasi, Fizz telah selamat bergelar suami kepada Almy pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, yang kini telah menjengah usia 11 tahun.
Sumber: Gempak