Ada Banyak Sebab Tak Dedah Gambar Yahaira Leanne – Lisa Surihani

Hiburan

Ada Banyak Sebab Tak Dedah Gambar Yahaira Leanne – Lisa Surihani

Perkongsian gambar wajah Yahaira Leanne, anak hasil perkongsian hidup Lisa Surihani dan Yusry KRU sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat mereka. Secara jujur, Abang Nara pun setiap hari tengok Instagram Lisa dan Yusry kot-kot mereka ada kongsikan gambar terbaru puteri kesayangan itu. Sedikit sebanyak hati ini kecewa juga kerana tidak dapat melihat kecomelan wajah Yahaira Leanne yang terkini.

yahaira leanne

Advertisement

Sebelum ini telah ada peminat yang melahirkan rasa kekecewaannya kerana Lisa Surihani dan Yusry tidak berkongsi gambar terbaru Yahaira Leanne. Abang Nara faham perasaan dan hati peminat itu. Namun selaku seorang ayah, Abang Nara juga memahami perasaan Lisa dan Yusry. Selaku seorang selebriti, sudah pasti mereka mahukan yang terbaik dan mahukan privasi untuk anak mereka. Kata Lisa Surihani:-

Buat masa ini Lisa dan Yusry bersetuju bersama, kami tidak mahu gambar Yahaira terlalu didedahkan dan kami berdua berasakan ini adalah yang terbaik untuk dia.

Sampai bila tu bergantung kepada waktu, keadaan dan perbincangan bersama Yusry. Ada banyak sebab sebenarnya. We as her parents just feel its the best for her.

Bayangkan selepas foto kami bertiga didedahkan, kami sendiri terkejut melihat betapa banyak akaun laman media sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira. Ada pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan perkhidmatan.

Hal ini cukup merisaukan Lisa sebagai ibu.

lisa

Pada pendapat Abang Nara, terpulanglah kepad Lisa dan Yusry untuk membuat keputusan terbaik buat anak mereka. Tak perlulah difikirkan sangat pendapat orang lain. Mana yang kita paling selesa, itulah yang patut kita lakukan. Nanti bila dah betul-betul bersedia, barulah boleh kongsikan dengan para peminat. Buat mereka yang sedang menanti, diharap bersabar. Satu hari nanti pasti kita akan dapat lihat juga kecomelan Yahaira Leanne. Sumber Media Hiburan.

little by raef

P.S: Serikan lagi majlis anda dengan doorgift yang teramat comel daripada Bamboo Bottle By Raef ini. Confirm tetamu yang datang tersenyum kegirangan. Nak buat makan saja-saja pun boleh. Dijamin 100% sedap. Sekali cuba, pasti nak lagi. Order sekarang dengan Whatsapp ke 0111- 311–7632 atau LIKE Facebook Bamboo Bottle by Raef.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...