Tak semua orang rajin untuk melalui proses mengambil gambar, berkomunikasi dengan pembeli dan menjual pakaian yang terpakai.
Sebab itu jugalah, sesetengah orang memilih untuk terus sedekah baju terpakai kepada mereka yang memerlukan seperti acara yang dianjurkan buat warga Kuala Lumpur dan Selangor ini.
Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan mengadakan Projek Pengumpulan Baju Terpakai dan Barangan Fabrik pada bulan ini.
Dah sedia nak recycle baju anda? Kami menerima pelbagai jenis pakaian dan barangan fabrik terpakai untuk dikitar semula.
Berikut adalah maklumat tentang acara tersebut:
- Lokasi: Bulatan (roundabout) Lorry Briyani, bersebelahan Madrasah Bustanul Ulum, Taman Tugu, KL
- Tarikh: Sabtu, 14 Jun 2025
- Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Anda hanya perlu datang membawa semua pakaian atau pun fabrik yang sudah terpakai dan ‘drop’ pada hari acara tersebut berlangsung.
Semua sumbangan akan diasingkan dan diproses mengikut jenis untuk tunjuan kitar semula.
View this post on Instagram
Semua barangan yang disumbangkan akan dihantar ke kilang yang bekerjasama dengan MVM untuk kitar semula. Hasil kutipan jualan pula akan dimasukkan ke dalam tabung kemanusiaan MV untuk aktiviti-aktiviti kebajikan.
Untuk maklumat lanjut atau apa-apa pertanyaan, boleh ikuti akaun Instagram atau TikTok Muslim Volunteer Malaysia.