Ada Bakat Melukis, Peminat Terpegun Tengok Zulin Aziz Lukis Wajah CTDK, Seiras Betul!

Hiburan

Ada Bakat Melukis, Peminat Terpegun Tengok Zulin Aziz Lukis Wajah CTDK, Seiras Betul!

Pelakon dan personaliti TV, Zulin Aziz nampaknya mempunyai bakat terpendam apabila dia ada melukis potret beberapa selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Vida di Instagram miliknya.

Terhasil cantik dan seiras, ramai peminat tidak menyangka Zulin ada memiliki kelebihan serta bakat istimewa seperti itu.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Menerusi hantaran Instagram tersebut, Zulin telah memuat naik video pendek proses melukis potret Siti Nurhaliza yang menurutnya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk disiapkan.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat meninggalkan komen tidak percaya dan terkejut apabila melihat hasil lukisan Zulin yang dikatakan hampir sama dengan gambar yang dilukis.

“Berbakat sangat Kak Zulin kita ni..” komen seorang pengguna media sosial Instagram.

Sementara itu, di hantaran berbeza yang dimuat naik Zulin, dia turut memaparkan gambar DS Vida yang turut mendapat pujian ramai.

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Ianya turut mendapat reaksi tuan badan sendiri yang tampil memuji bakat pelakon drama Di Penjara Janji itu.

“Masya Allah..cantik hasil lukisan @zulinaziz..serba boleh..masak boleh..meniaga pandai..gewe smart..bahagia till jannahh..” komen DS Vida di hantaran tersebut.

zulin aziz
3 years ago

Sering Pakai Tudung Singkat, Zulin Aziz Tak Melatah Dengan Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...