Ada Artis Dibayar Puluhan Ribu Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan – Zed Zaidi

Hiburan

Ada Artis Dibayar Puluhan Ribu Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan – Zed Zaidi

Abang Nara macam tahu je siapa yang dimaksudkan oleh Zed Zaidi ini. Memang agak keras statement yang dikeluarkan namun mungkin ada kebenarannya. Menurut Presiden Seniman ini, ada artis yang mendapat puluhan ribu ringgit dengan hanya berceramah memburukkan kerajaan. Hebat kan?

zed zaidi

Advertisement

Kata Zed Zaidi kepada Mstar Online:-

Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni. Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan.

zed zaidi

Tambah panas apabila Zed Zaidi mengulas sikap sesetengah artis yang sudah berhijrah tetapi menceburkan diri dalam bidang politik:-

Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja. Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah.Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan.

Memang lantang kata-kata Zed Zaidi ini. Pasti ada seorang dua artis yang terasa. Mungkin ada kebenarannya kata-kata Zed Zaidi ini. Dekat-dekat nak pilihanraya ini memang semua orang ada agendanya yang tersendiri. Kita mana tahu kan? Apa kata anda? Info kredit Mstar Online.

P.S: Menara untuk kucing anda. Awesome!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

214 Comments

  1. jenal lontong

    September 16, 2012 at 1:20 am

    Islam itu syumul. Blajar mengaji Al Quran dn fahami maksudnya

  2. bosan dengan sketsa zed zaidi

    September 15, 2012 at 7:19 pm

    zed zaidi tolongla jangan mencetuskan perbalahan dengan kata-kata yg tak bijak langsung.. mind ur words.. even u punya pangkat tu tinggi (presiden seni je pum), it doesn’t mean u have all d authority.. kdg2 kata2 ni la yg banyak menyumbat manusia ke dalam neraka.. yg mengomen kat sini pum, ada akal pikirla sendiri, amik pengajaran sudah.. jgn nk mengumpat lebih2.. sama2 berdoa lg baik.. aku pun xderla baik sgt.. nk kutuk org pum, lihat diri sendiri dlu.. konfem x jadi kutuk..

    PEACE!!

  3. Gotham

    September 15, 2012 at 7:14 pm

    Artis ta pyh msk politik la.. Wat nymph org je.. Zz pun stu cr salah org je kje nye..

  4. marc

    September 15, 2012 at 6:42 pm

    abang zz blacklist ka je retis mcm tu, abg zz kan berkuasa

  5. shinchan

    September 15, 2012 at 1:50 pm

    MasyaAllah…. skurang2nya, mereka telah berhijrah. Kenapa mseti dipertikaikan? Hilangkah sudah erti tawadduk itu dihati seorg mukmin? Malaysia Kini… heronya ZZ .

    • marc

      September 15, 2012 at 6:47 pm

      betu tu. kalau org yg tak berapa nak baik pun kita kena bersangka baik, apatah lagi org yg nak jadi baik

Loading...