Seorang individu berkongsi mengenai cermin di sebuah bilik hotel yang mempunyai ruang ataupun tingkap di belakang bagi menghubungkan dengan bilik sebelah.
Difahamkan, lelaki itu menemui tanda hitam di bahagian hadapan cermin sekaligus menemukan ruang di belakang alatan aksesori itu yang boleh dilihat dari bilik yang lain.
Kalau ada tingkap ataupun ruang terbuka dia mesti ada angin, nak tahu ada angin ke tak ambil kertas ni, nampak dia terbang, di belakang ni maknanya ada pintu atau tingkap.
Di sebelah ni ada orang ada bilik ada ruangan, macam mana diorang mahu tengok dalam bilik kita? melalui lubang ni.
Lelaki itu kemudian dilihat meminta untuk menukar bilik dan mendapati cermin di bilik barunya sudah tidak lagi mempunyai kesan dan ‘angin’ yang sama seperti sebelum ini.
Aku sudah tukar bilik, staf siap bagi kerjasama dia bagi tukar biliklah. Nampak dah takde dah benda hitam tu, bilik baru angin takde, tak sama dengan tadi, tadi tu ada angin maknanya ada ruang dalam tu, sini takde, tu kena hati-hati.
@iamburn88 Ceritanya aku terpaksa check in hotel atas sebab tugas luar kawasan. Aku pelik tengok black dot kat cermin tu. Bila aku padam lampu bilik and tengok betul2 kat black dot tu, boleh tembus ke bilik sebelah!! Jahan$m staff hotel ni saja nak tengok live aku tido ke mcm mna!! Lepas aku mengamuk kat lobby dorang setuju tukarkn bilik aku. So rasanya staff2 ni dah tau apa ‘kelebihan’ yg ada kat bilik yg mula2 dorang bagi aku tu. Hati2 la sahabat2 yg rajin stay hotel tu ye. #trending #viralvideo #hotel #hotelroomproblem
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.