Gemar melakukan aktiviti dekorasi di rumah, Syatilla Melvin kongsi perubahan yang dilakukannya di laman Instagram.
Syatilla juga memaklumkan, sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, beliau dan suami telah melakukan perubahan dekorasi di ruangan tidur.
Tambah pelakon drama Kerna Syurga Bukan Peruma itu lagi, meskipun memiliki anak kecil ia bukanlah alasan untuk tidak mengemas rumah.
“Ni hasil berkurung kt rumah, master bedroom semua dh jadi warna lain, perabot2 lama semua gone!
“Siapa kaki deco rumah lagi?? Ni bru 30% siap!!! 70% lagi otw! Sapa nk tgok hasil?,” tulis Syatilla.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji sikap Syatilla yang rajin melakukan kerja rumah, malah pelakon berusia 29 tahun ini juga kelihatan bijak mengendalikan masa yang terluang dengan melakukan aktivti bermanfaat bersama suaminya Shaheizy Sam sepanjang tempoh PKP ini.
Menyambut ulang tahun perkahwinan keempat pada 8 Februari lalu, Syatilla dan Sam kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhezy, 2 tahun dan Sarima Samheizzy, 10 bulan.