Rupa-rupanya Salma, juara Mentor 5 ini baru berusia 20 tahun. Tengok raut wajah macam dah berumur sikit. Abang Nara mati-mati ingatkan Salma berusia dalam lingkungan 25 tahu ke atas. Muda bangat lagi rupanya.
Untuk anda yang tak tahu, Salma pernah berkahwin seawal usia 17 tahun dan bercerai setahun kemudiannya. Kalau anda pernah terdengar desas-desus sebelum ini mengenai status Salma, memang benar Salma ialah seorang janda anak satu. Kini anak Salma sudah pun berusia 3 tahun.
Terharu baca penerangan Salma tentang status dirinya ini:-
Saya lakukan ini semua pun demi kebaikan saya. Saya mahu fokus dengan apa yang saya tengah usahakan di Mentor 5. Saya tak mahu terlalu ingatkan anak saya kerana sebagai seorang ibu, sudah tentu saya akan cepat merinduinya.
Oleh sebab itu, sepanjang masuk Mentor, saya memang tak jumpa langsung dengan anak saya. Saya takut kerana rindukan keluarga, saya boleh hilang fokus. Tidak dinafikan, saya memang terlampau rindu sangat dengan anak saya. Tapi, saya terpaksa tahankan perasaan saya. Mujurlah ada emak saya. Dialah yang menjaga anak saya sepanjang ketiadaan saya selama ini.
Pada malam kemuncak Mentor 5 ini, barulah saya berpeluang untuk berjumpa balik dengan anak dan saya rasa cukup bersemangat untuk membuat persembahan. Lebih-lebih lagi bila melihat ibu bapa saya juga turut datang untuk memberikan sokongan, walaupun pada awalnya merekalah yang tak bagi saya menyanyi
Abang Nara tak kisah Salma nie janda anak satu ke anak dua belas ke, yang penting suara dia meletop. Mantap babe. Teruskan usaha dan tingkatkan lagi prestasi. Jangan dilayan Dato’ Dato’ yang confirm akan cuba menggatal dengan anda nanti. Kurangkan kontroversi tau. Harap-harap Kak Erra pun dapat membimbing Salma menempuh cabaran hidup sebagai seorang artis nanti.