“Ada Adegan Tarik Rambut” – Ini Punca Pergaduhan Dua Isteri Jurulatih Bola Sepak Terkenal, Rupanya Sebab…

Berita

“Ada Adegan Tarik Rambut” – Ini Punca Pergaduhan Dua Isteri Jurulatih Bola Sepak Terkenal, Rupanya Sebab…

Semalam, media tempatan menjadi kecoh apabila dikhabarkan dua isteri kepada bekas jurulatih bola sepak terkenal didapati bergaduh di sebuah restoran bertempat di Shah Alam pada Isnin lalu.

Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan ada menerima laporan mengenai insiden itu dan telah menjalankan siasatan terhadap kedua-dua jurulatih bola sepak tersebut.

Advertisement
Dua isteri tarik rambutSumber : Google  

Difahamkan, punca pergaduhan adalah kerana isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan isteri kedua dalam sebuah program televisyen.

Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

Malah, perbalahan tersebut turut menyaksikan kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua wanita itu.

Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu kemudiannya dileraikan oleh orang ramai yang berada di restoran.

1 year ago

Berlaku Perselisihan Faham, Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Liga Super Bergaduh Di Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...