May 30th, 2013

Agak menarik membaca penerangan daripada Shah Jaszle kepada Utusan Malaysia mengenai kes khalwat yang berlaku ke atas dirinya baru-baru ini. Menurut Shah Jaszle, dia tidak berdua-duaan sebaliknya ada 5 orang lain ketika serbuan dilakukan oleh JAIS. Agak pelik untuk dikategorikan sebagai khalwat bukan?

shah jaszle

Kata Shah Jaszle:-

Apa yang boleh saya katakan bahawa saya sebenarnya telah diperangkap oleh seseorang untuk terlibat dengan kes khalwat. Lagipun, semasa kejadian, saya bukannya duduk berdua-duaan dalam rumah itu, sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan.

shahMenurut Shah Jaszle lagi, bukan tunangnya iaitu Redzwani Puteri yang tampil untuk menjamin dirinya. Wani hanya mengetahui berita ini sekitar waktu tengah hari selepas dikeluarkan di media massa. Apa pun Abang Nara respek kepada kedua-dua belah keluarga Shah Jaszle dan tunangnya kerana tenang menghadapi dugaan ini.

Selepas saya diikat jamin, terus perjumpaan keluarga diadakan melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga. Setelah mendengar penjelasan yang diberikan, barulah mereka tahu perkara sebenar yang telah berlaku kepada saya. Malah, keluarga saya sebenarnya lebih faham dengan perangai saya yang sebenarnya tidak berapa gemar untuk bersosial.

Diperangkap atau tidak, sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes khalwat ini. Kalau kita berada di pihak yang benar, tiada apa yang perlu ditakutkan. Apa-apa pun, kalau Shah Jaszle dan tunangnya dapat mempercepatkan pernikahan memang lagi molek sebenarnya. Sememangnya tempoh pertunangan cabarannya agak hebat. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...