Ada 300 Pesakit Tapi Hanya Ada 4 Doktor, KKM Tampil Beri Penjelasan – “Kami Sedar Beban Kes Di HSGB Tinggi..”

Kehidupan

Ada 300 Pesakit Tapi Hanya Ada 4 Doktor, KKM Tampil Beri Penjelasan – “Kami Sedar Beban Kes Di HSGB Tinggi..”

Sedia maklum, isu kekurangan doktor dan jururawat di hospital kerajaan kembali menjadi bualan orang ramai selepas Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan ketika ini Malaysia sedang mengalami masalah kekurangan tenaga kerja jururawat yang kritikal.

Isu ini juga telah menyebabkan pesakit perlu menunggu bagi tempoh yang lama sebelum menerima konsultasi atau rawatan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Advertisement
waktu menunggu di hospital kerajaan lama

gambar hiasan

Pesakit 300 orang, pegawai perubatan 3 orang

Menerusi satu hantaran tular yang dikongsikan di aplikasi X, ia memaparkan notis di Klinik Ortopedik Hospital Sungai Buloh (HSGB).

Berdasarkan notis tersebut, terdapat 300 orang pesakit di klinik berkenaan namun hanya tiga pegawai perubatan dengan seorang pakar yang bertugas.

Notis itu memaklumkan bahawa pesakit mungkin perlu menunggu lebih lama daripada biasa untuk mendapatkan rawatan kerana hospital sedang menghadapi kekurangan kakitangan.

KKM beri penjelasan

jururawat hospital kerajaan sikit

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberikan penjelasan berkenaan isu kesesakan yang berlaku pada 30 Jun lalu di hospital berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KKM memaklumkan seramai 158 pesakit telah hadir ke klinik berkenaan pada hari tersebut dan dikendalikan oleh tiga pakar serta tiga pegawai perubatan yang bertugas mengikut jadual serta kapisiti sedia ada.

Menurut KKM, angka yang tular melebihi 300 orang dipercayai turut merangkumi ahli keluarga dan penjaga pesakit.

Ini adalah amalan biasa di fasiliti kesihatan awam, khususnya bagi warga emas dan kanak-kanak.

 

Kami memahami kesulitan yang dihadapi pesakit dan keluarga, terutama berkaitan masa menunggu.

Usaha untuk baiki aliran pesakit

Dalam pada itu, KKM mengakui beban kes yang dihadapi di hospital rujukan seperti HSGB dan sedang berusaha untuk melakukan penambahbaikan untuk memperbaiki aliran pesakit.

Walau bagaimanapun, netizen berharap agar KKM akan lebih memberi tumpuan terhadap isu kekurangan pegawai di hospital kerajaan.

jururawat hospital kerajaan sikit

kekurangan jururawat di malaysia kritikal
3 days ago

"Satu Realiti Yang KKM Secara Berterusan Sedang Tangani.." - Menteri Kesihatan Dedah Negara Hadapi Masalah Kekurangan Jururawat Kritikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...