Tindakan pelakon Datin Intan Najuwa mengupah tiga pengasuh mencetuskan perdebatan, namun beliau meminta orang ramai bertenang mengenai perkongsiannya sebelum ini.
Intan, atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menjelaskan bahawa dia berkongsi perkara tersebut sebagai tanda penghargaan kepada suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.
Jangan marah-marah okey. Saya kongsi mengenai pengasuh sebab buat soal jawab.
Itu juga momen kecil yang saya mahu hargai apa yang suami saya sudah lakukan buat saya.
Pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu turut menasihati agar sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.
@intannajuwaaa Carried Imane Lunara for 9 months and look at me now!! @Inayah Beauty Trading
Bila kita berkata yang baik-baik, insya-Allah kita tenang. Itulah apa saya amalkan selama ini.
Ayuhlah jadi baik bersama-sama dan bergembira menjadi ibu serta hargai tidak kira apa sahaja yang suami kita lakukan.
Sayangi apa yang awak ada sekarang tanpa membandingkan. Saya doakan semoga semua sentiasa dilimpahi rezeki dan bahagia selalu.
Terdahulu, Intan mendedahkan suaminya mengupah tiga pengasuh bagi membantu menjaga anak sulung mereka, Imane Lunara.
Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023, dan dikurniakan cahaya mata pertama, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.