“Ada 13 Kelas, Satu Kelas 50 Murid” – Terlalu Ramai Pelajar Darjah 1, Netizen Persoal Larat Atau Tidak Guru Nak Layan

Kehidupan

“Ada 13 Kelas, Satu Kelas 50 Murid” – Terlalu Ramai Pelajar Darjah 1, Netizen Persoal Larat Atau Tidak Guru Nak Layan

Melalui platform X baru-baru ini, seorang pengguna memuat naik semula video seorang pengguna TikTok memaparkan keadaan semasa berada di dalam dewan sekolah anaknya.

Pelajar darjah 1 terlalu ramai

Difahamkan daripada video yang dimuat naik itu, individu terbabit meluahkan rasa terkejut apabila jumlah murid darjah 1 yang berdaftar di sekolah terbabit terlalu ramai.

Advertisement

Disebabkan terlalu ramai, pihak sekolah menyediakan sebanyak 13 kelas hanya untuk pelajar tahun 1 sahaja.

Lagi mengejutkan orang ramai apabila mereka mendapati kuantiti untuk satu kelas murid darjah 1 adalah seramai 50 murid, dimana ia merupakan jumlah yang jauh lebih banyak dari yang biasa.

‘Larat ke cikgu nak layan?’

Hal itu sememangnya menjadi perdebatan di laman media sosial, dimana netizen persoal sama ada guru mampu atau tidak untuk melayan setiap pelajar jika 50 orang murid diletakkan dalam satu kelas.

komen

komen

Malah, ada yang memberi cadangan agar pembinaan sekolah di kawasan bandar diperbanyakan lagi agar perkara yang berlaku itu tidak berulang di setiap tahun.

Kerana orang ramai merasakan jika ia berlaku sekali lagi untuk sesi seterusnya, ia akan memenatkan para guru yang mengajar serta murid darjah 1 turut tidak akan dapat sepenuh perhatian daripada guru mereka.

sekolah daif
1 month ago

Tempat Tidur Sangat Daif, Bapa Rayu KPM Ambil Tindakan Segera! Tak Gamak Biar Anak Tidur Atas Tilam Lunyai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...