Melalui platform X baru-baru ini, seorang pengguna memuat naik semula video seorang pengguna TikTok memaparkan keadaan semasa berada di dalam dewan sekolah anaknya.
Pelajar darjah 1 terlalu ramai
Difahamkan daripada video yang dimuat naik itu, individu terbabit meluahkan rasa terkejut apabila jumlah murid darjah 1 yang berdaftar di sekolah terbabit terlalu ramai.
Disebabkan terlalu ramai, pihak sekolah menyediakan sebanyak 13 kelas hanya untuk pelajar tahun 1 sahaja.
MAKA NIAT SAYA UNTUK PILIH TIDAK BERKAHWIN DAN TIADA ANAK AMATLAH MEMBANTU RASANYA 🤭🤗 pic.twitter.com/5lw75xVQCA
— GUMIHO🦊 구미호 (@OrangGajiDokter) March 13, 2024
Lagi mengejutkan orang ramai apabila mereka mendapati kuantiti untuk satu kelas murid darjah 1 adalah seramai 50 murid, dimana ia merupakan jumlah yang jauh lebih banyak dari yang biasa.
‘Larat ke cikgu nak layan?’
Hal itu sememangnya menjadi perdebatan di laman media sosial, dimana netizen persoal sama ada guru mampu atau tidak untuk melayan setiap pelajar jika 50 orang murid diletakkan dalam satu kelas.
Malah, ada yang memberi cadangan agar pembinaan sekolah di kawasan bandar diperbanyakan lagi agar perkara yang berlaku itu tidak berulang di setiap tahun.
Kerana orang ramai merasakan jika ia berlaku sekali lagi untuk sesi seterusnya, ia akan memenatkan para guru yang mengajar serta murid darjah 1 turut tidak akan dapat sepenuh perhatian daripada guru mereka.