Ada 1,172 Kes Denggi Minggu Lalu, Jangan Lupa Jaga Kebersihan Persekitaran Rumah

Trending

Ada 1,172 Kes Denggi Minggu Lalu, Jangan Lupa Jaga Kebersihan Persekitaran Rumah

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semua rakyat Malaysia telah diarahkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Namun, dalam tak sedar persekitaran rumah kita juga boleh mendatangkan penyakit lain jika tidak dijaga dengan betul.

Advertisement

Lupakah anda tentang musuh lama kita iaitu nyamuk Aedes?

Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun. Untuk pengetahuan, sebanyak 1,172 kes demam denggi dengan 3 kematian telah dilaporkan berlaku di seluruh negara dari 12 April hingga 18 April yang lalu iaitu peningkatan 4.5% berbanding 1,121 kes pada minggu sebelumnya.

Berikut merupakan rekod kes yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut negeri:

  • Selangor (596 kes)
  • Kuala Lumpur & Putrajaya (151 kes)
  • Johor (123 kes)
  • Perak (62 kes)
  • Negeri (Sembilan 54 kes)
  • Sabah (54 kes)
  • Pahang (37 kes)
  • Kelantan (33 kes)
  • Melaka (29 kes)
  • Sarawak (20 kes)
  • Kedah (9 kes)
  • Pulau Pinang (4 kes)
  • Terengganu (4 kes)

Perkara ini sangat membimbangkan kerana masyarakat kita agak terleka dengan situasi sekarang hingga terlupa tentang bahaya nyamuk Aedes yang juga mampu meragut nyawa.

Jika anda atau keluarga disyaki mengalami gejala demam denggi anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan ke hospital dan klinik secepat mungkin.

Bagaimanakah untuk mengetahui jika anda menghidap demam denggi?

Gambar hiasan

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Terdapat dua jenis demam denggi yang perlu anda tahu iaitu demam denggi biasa dan demam denggi berdarah. Selain mengalami gejala seperti yang disenaraikan, demam denggi berdarah akan membuatkan pesakit menjadi mudah mendapat lebam, berlaku pendarahan di bawah kulit, hidung, gusi dan seluruh anggota badan sehingga boleh membawa maut.

Apakah perkara yang anda lakukan untuk mencegah demam denggi?

Gambar Hiasan

Masyarakat kita sebenarnya sudah terdedah dengan maklumat pencegahan nyamuk Aedes sejak dulu lagi. Namun, masih ramai masyarakat yang tidak mengamalkannya dan lupa akan kesannya kepada kita.

Bagi mencegah daripada terkena demam denggi, anda perlu memastikan tidak ada satu tempat pun di kediaman anda yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk seperti bekas tangki air, air tadahan di pasu bunga, dan tempat takungan air yang lain.Ianya harus selalu dibersihkan nagi memastikan nyamuk Aedes tidak bertelur di dalamnya.

Selain itu, anda boleh menggunakan semburan dan ubat nyamuk bagi mengelak daripada terkena gigitan.

Tiada Aedes tiada denggi.

Sumber (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...