Penyanyi rap Caprice baru-baru ini ada berkongsi sebuah ‘screenshot’ peminat yang memintanya untuk mengulas isu hangat LGBTQ dan pendapatnya mengenai Ning Baizura yang seolah-olah menyokong golongan itu.
Kata Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, ramai menghubunginya mengenai isu tersebut meskipun agak sibuk sejak kebelakangan ini.
Jawab penyanyi itu, dia akan mencuba untuk mendapatkan tuan badan Ning Baizura bagi mendapatkan info dan maklumat.
Terdahulu, Ning Baizura ada memberi pendapatnya mengenai isu LGBTQ tentang hak dan identiti gender dalam sebuah ruangan komen.
Malah, Ning Baizura juga ada memuat naik beberapa hantaran sokongan di Instagram mengenai golongan ‘pelangi’.
Namun begitu, terdapat segelintir netizen tampil mengecam tindakan Ning Baizura sebelum penyanyi itu memadam hantaran berkaitan isu itu di Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.