Kecoh di media sosial mengenai insiden yang berlaku terhadap pelakon Fasha Sandha sewaktu di set penggambaran sebuah drama terbarunya, Anak Tuan.
Melalui laporan yang difahamkan, aktres terbabit mengalami kecederaan di bahagian mata dan kepala yang terhentak di bucu katil tajam sewaktu berlakon bersama pelakon gandingan, Azhar Rani bagi menjayakan wataknya.
Susulan sudah tersebar luas berita terbabit, ramai netizen serta rakan artis meluahkan rasa bimbang melihat keadaan Fasha, termasuklah pelakon terkenal, Dato’ Fizz Fairuz.
View this post on Instagram
Melalui perkongsian hantaran yang dibuat oleh Fizz mengenai insiden yang berlaku, dia meninggalkan nasihat kepada para pelakon untuk lebih berhati-hati sewaktu di set penggambaran.
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa simpati terhadap penggiat seni kerana terpaksa menanggung risiko sendiri sewaktu bekerja tanpa mempunyai sebarang KWSP, Socso serta Perkeso.
Acting tak yah lah beria sangat, lakonan ada asasnya. Itu lah dia, bila masing-masing nak tunjuk hebat.. inilah makannya.
Susulan berkata sedemikian, ramai netizen yang kurang setuju dengan pandangan Fizz Fairuz memandangkan insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja.