August 28th, 2020

Sehingga kini masih hangat diperkatakan warganet mengenai kemelut keluarga Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang khabarnya masih lagi berpanjangan sehingga konflik tersebut dibawa ke mahkamah.

achey sedih konflik ali puteh dan balu abam semakin serius

Rentetan kejadian, pelawak dan pelakon Achey kini tampil menzahirkan rasa sedih. Katanya, beliau langsung tidak memihak kepada balu mahupun Ali, sebaliknya berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pihak pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik.”

Ujarnya lagi, beliau enggan masuk campur urusan keluarga mereka, malah tetap yakin perkara ini boleh diselesaikan secara senyap.

achey sedih konflik ali puteh dan balu abam semakin serius

“Tiada siapa la saya dan Fad untuk campur urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu. Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap. Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tak berikan kesan kepada orang lain.”

Bagaimanapun, Achey tetap berharap agar perbalahan antara mereka akan berakhir dengan baik kerana bimbang ia mampu meberi kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah yang kini berusia setahun.

achey sedih konflik ali puteh dan balu abam semakin serius

“Kalau terjadi pada saya mungking boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Sebab anak itu akan membesar. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik.”

Terdahulu, gempar di pelusuk media sosial apabila Ali difahamkan tampil mengemukakan saman kepada Hidayah. Ia berlaku susulan kakak iparnya itu yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu. Lebih mengejutkan, kes itu juga sudah pun berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Sumber: mStar


3 responses to “Achey Sedih Konflik Ali Puteh Dan Balu Abam Semakin Serius”

  1. Abg Black says:

    nasib baik ada kwn arwah yg baik.
    nk harap Ali, haih tak paham lah

  2. Anonymous says:

    kesian kat anak die. betul patut settle senyap2 je.

  3. kesian arwah & anaknya says:

    hmmm sedih.. kematian arwah abam sangat dirasai dek kerana baiknya arwah… tapi arwah masih belum boleh tenang di alam sana sebab pembahagian hartanya masih belum selesai cara baik. mak ke, adik ke, isteri ke, mak mertua ke, semua jadi ego. ‘kesan’nya akan dapat pada anak & arwah…
    hopefully xde la relative ali & hidayah yang membatuapikan isu ni.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...