Achey Sedih Konflik Ali Puteh Dan Balu Abam Semakin Serius

Hiburan

Achey Sedih Konflik Ali Puteh Dan Balu Abam Semakin Serius

Sehingga kini masih hangat diperkatakan warganet mengenai kemelut keluarga Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang khabarnya masih lagi berpanjangan sehingga konflik tersebut dibawa ke mahkamah.

achey sedih konflik ali puteh dan balu abam semakin serius

Advertisement

Rentetan kejadian, pelawak dan pelakon Achey kini tampil menzahirkan rasa sedih. Katanya, beliau langsung tidak memihak kepada balu mahupun Ali, sebaliknya berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pihak pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik.”

Ujarnya lagi, beliau enggan masuk campur urusan keluarga mereka, malah tetap yakin perkara ini boleh diselesaikan secara senyap.

achey sedih konflik ali puteh dan balu abam semakin serius

“Tiada siapa la saya dan Fad untuk campur urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu. Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap. Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tak berikan kesan kepada orang lain.”

Bagaimanapun, Achey tetap berharap agar perbalahan antara mereka akan berakhir dengan baik kerana bimbang ia mampu meberi kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah yang kini berusia setahun.

achey sedih konflik ali puteh dan balu abam semakin serius

“Kalau terjadi pada saya mungking boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Sebab anak itu akan membesar. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik.”

Terdahulu, gempar di pelusuk media sosial apabila Ali difahamkan tampil mengemukakan saman kepada Hidayah. Ia berlaku susulan kakak iparnya itu yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu. Lebih mengejutkan, kes itu juga sudah pun berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...