October 20th, 2020

Pelawak Achey mendedahkan dirinya kini mempunyai pelbagai koleksi motosikal susulan minatnya dalam dunia permotoran.

Menurutnya, sehingga kini beliau memiliki sebanyak 28 buah motosikal dalam simpanannya meskipun sebahagiannya telah dijual.

Namun begitu, kebanyakkan motosikal yang dimilikinya itu merupakan barang cagaran individu yang membuat pinjaman wang daripadanya. 

“Punca motor saya jadi banyak sebab orang datang kepada saya kata ‘Achey nak pakai RM500, tapi aku tak ada benda nak ganti, aku ada motor’. Tengok-tengok motor yang nak dijadikan cagaran pun duduk belakang reban.”

Dedahnya lagi, bagi menampung modal yang membeli rumah tempoh hari, beliau telah menjual sebahagian daripada koleksi motosikalnya.

Tidak ketinggalan, beliau juga akui dirinya juga terpaksa menyimpan koleksi motosikalnya itu di beberapa tempat berasingan kerana terlalu banyak. 

“Di kampung simpan sikit, sana sikit, sini sikit. Banyak tempat. Contohnya motosikal jenama Modenas Kriss ada empat buah, SYM ada tiga buah. Satu jenis ada banyak yang sama.”

Untuk rekod, susulan minatnya yang mendalam dalam dunia permotoran, Achey berjaya menerima anugerah Ikon Permotoran Viral sekitar Disember tahun lalu.

Sumber: Gempak


One response to “Achey Kini Miliki 28 Buah Motosikal Gara-Gara Orang Cagar Pinjam Duit”

  1. zack says:

    kaki kencing mangkok ni. takyah la dok caya cagaran tu semua. nak bg pinjam orang ramai2 macam tu pon kene ada lesen dah. si bodoh ni pon kaki kelentong orang jugak ni. MACAUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...